Guna Apps Scan Muka Macam Selebriti, Sekali Cara Cikgu Ini Cakap Korea Pula Undang Dekah
"Bunyi shib shib peria dengan bunyi angin je sir" - Warganet.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan orang Malaysia yang meminati filem dan drama Korea
Tidak kiralah baik lelaki ataupun perempuan, kita pasti akan terikut-ikut untuk cuba bercakap bahasa Korea selepas saja menonton K-drama.
Tidak terkecuali dengan seorang cikgu lelaki ini apabila dia bermain aplikasi di TikTok untuk scan muka seperti selebriti Korea telah mengundang tawa ramai.
Lihta video penuh itu di bawah:
Gigih cakap Korea sampai ramai konfius ingat tengah mencarut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ebtissam751, kelihatan cikgu yang dikenali sebagai Sir Badang itu sedang bermain aplikasi imbas muka seperti selebriti luar negara.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia mendapati mukanya iras penyanyi Kim Seok Jin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan popular BTS.
Sir Badang terus bercakap bahasa Korea dengan mimik muka seperti sedang berlakon dalam K-drama. Tetapi, seorang pun tidak faham apa yang dia cakap kerana kedengaran seperti sedang mencarut.
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
"Sir cakap bahasa Korea belah laut ke, apa yang dicarutnya pun tak tahulah haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 911.2K views, 141.8K likes dan 2.1K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat kegigihan Sir Badang cuba bercakap bahasa Korea.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Image via @ebtissam751 (TIkTok)
Asal ada bunyi Korea sikit tu kira jadilah ya sir? Padahal dia pun tak faham apa benda dia cakap :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment