"Moga Cikgu Cepat Sembuh" - Guru Ekonomi Tetap Mengajar Walau Terlantar Sakit Di Hospital
Cikgu Zakuan terlantar di hospital disyaki akibat sakit bahagian saraf tunjang.
Sesungguhnya peranan guru itu sememangnya sangat besar
Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda. Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan.
Image via Sinar Harian
Guru diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi masa depan anak murid. Sebagai seorang murid, kita sewajarnya menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Salah satu cara untuk menghargai guru kita ialah dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kejayaan kita dalam bidang akademik dan kokurikulum merupakan cara yang paling baik untuk membalas jasa guru bahkan mereka akan terasa amat berbesar hati tatkala melihat kita berjaya.
Baru-baru ini viral kisah seorang guru yang masih ingin mengajar anak-anak muridnya walaupun terlantar di hospital disyaki akibat sakit bahagian saraf tunjang
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Kisah yang dikongsikan laman Facebook "Chenor Kite Weh" itu menceritakan tentang Cikgu Mohd Zakuan bin Yusof, seorang guru mata pelajaran Ekonomi dan Perniagaan yang rela berkorban serta menunjukkan dedikasi mengajar anak-anak muridnya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) meskipun terbaring di katil hospital.
Kelihatan murid-muridnya tekun mencatat nota dan perkara-perkara penting berkenaan apa yang disampaikan Cikgu Zakuan.
Perkongsian yang mendapat lebih 900 shares and 1 ribu komen itu wajar dijadikan inspirasi bukan sahaja buat guru-guru di luar sana bahkan turut mengajar pelajar-pelajar untuk menghargai cikgu mereka.
Baca perkongsian penuh di bawah:
4hb Disember 2018 /26 Rabiul Awwal 1440H.
Temerloh - Pengorbanan seorang guru memang luar biasa. Kita biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tapi jarang-jarang guru mengajar di hospital.
Kisah pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan bin Yusof, 49 tahun boleh dipuji. Beliau mengajar subjek Ekonomi dan Perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.
Beliau tiba-tiba jatuh sakit disyaki bahagian saraf tunjangnya ada masalah dan sekarang sedang dirawat di Hospital Temerloh.
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Bayangkan disaat anak murid beliau yang sedang menghadapi peperiksaan SPM perlukan bimbingan, tentu tidak mudah untuknya membiarkan.
Pengorbanan memang patut dipuji, dalam keadaan sakit terbaring beliau memberikan kuliah kepada pelajarnya. Pelajarnya tekun mengambil nota. Pelajar daripada dua kelasnya datang bergilir-gilir ke hospital
Moga Allah mencatatkan pengorbanannya sebagai ilmu-ilmu yang memberi manfaat kepadanya dan diberikan kejayaan kepada pelajar-pelajarnya.
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Ramai yang memuji tindakan mulia Cikgu Zakuan dan masing-masing mendoakan agar kesihatannya kembali pulih
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Image via Facebook Chenor Kite Weh
Kesiannya cikgu ini tunggu 4 jam tapi tak ada seorang murid pun yang datang
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment