"Hafal Semua Step" - Budak Lelaki Menari Lagu Blackpink Di Kenduri Kahwin Ini Curi Tumpuan
Powerlah dik!
Bakat tarian bukanlah ada pada semua orang, hanya individu tertentu saja yang tahu melenggokkan badan mereka mengikut rentak lagu
Bak kata orang, kalau dah badan keras tu buatlah macam-macam cara sekali pun mesti susah juga nak menari.
Namun, lain pula dengan sebuah video tular ini apabila aksi seorang budak lelaki menari lagu Blackpink di kenduri kahwin telah menjadi perhatian para netizen di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba menari ikut step lagu Blackpink, memang smooth habis
Menerusi perkongsian video daripada @zh.shii, kelihatan budak lelaki itu sedang berada di depan khemah sebuah kenduri kahwin.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila sebaik saja lagu Blackpink dimainkan, dia terus memulakan tariannya mengikut step kumpulan K-pop itu.
Lebih membuatkan ramai terpegun, lenggok badannya yang sangat lentik menjadikan tarian tersebut lebih smooth.
Image via @zh.shii (TikTok)
"Gempak la adik ni dapat hafal semua step! Please menari dekat kenduri akak nanti dik" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 3.1M views, 308.1K likes dan 14.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji bakat tarian budak lelaki itu.
Malah, ramai yang memintanya untuk mengajar mereka menari seperti itu. Tidak kurang juga, ada yang siap request dia menari di majlis kahwin mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zh.shii (TikTok)
Image via @zh.shii (TikTok)
Image via @zh.shii (TikTok)
Image via @zh.shii (TikTok)
Image via @zh.shii (TikTok)
Image via @zh.shii (TikTok)
Mantaplah tarian awak dik, kalau masuk pertandingan menari confirm nombor satu!
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment