Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hamil Kali Kedua Walaupun Anak Baru 4 Bulan, Wanita Ini Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Dah rezeki dia kan.

Cover image via @deeyulll (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Topik mengandung dan zuriat sering menjadi bualan dalam kalangan masyarakat kita

Tambahan pula bagi pasangan yang baru saja berkahwin. Pasti ada saja soalan-soalan cepumas daripada mak cik bawang seperti "Bila nak ada isi? Dah mengandung ke? Jangan lambat sangat, dah cuba cara itu ke?" dan macam-macam lagi.

Malah, jika mengandung anak dalam masa yang dekat-dekat pun jadi isu bagi mereka. Sebenarnya ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Siapa kita nak tolak takdir yang telah ditetapkan bukan?

Sama seperti seorang wanita ini apabila videonya tular di laman TikTok gara-gara hamil anak kedua selepas anak pertamanya baru saja masuk empat bulan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak baru berusia empat bulan, si ibu dah mengandung lagi sekali

Menerusi video yang dikongsi oleh @deeyulll, dia memberitahu anak pertamanya baru masuk empat bulan.

Namun, dia menerima khabar gembira apabila mendapat tahu dirinya hamil kali kedua. Wanita itu nekad check pregnancy test untuk mengetahui punca badannya lemah. Rupa-rupanya dia mengandung sekali lagi.

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

"Kesian baby, belum cukup kasih sayang dah dapat adik baru" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 525.5K tontonan, 26.4K tanda suka serta 688 perkongsian di TikTok, wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka merasa kesian kepada anak pertamanya kerana belum dapat kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa, tiba-tiba dah dapat adik baru.

Namun, ada juga yang memberikan ucapan tahniah dan meminta orang ramai mendoakan agar mereka juga dikurniakan zuriat satu hari nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Image via @deeyulll (TikTok)

Apa-apa pun, itu rezeki dia. Kita doakan je yang baik-baik :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment