Hanya Remaja Lahir Pada Tahun 2007 & Ke Atas Sahaja Bakal Dipanggil PLKN 3.0
Fuh, nasib baik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan hari ini mengumumkan hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0
Difahamkan, ia akan dipanggil jika program itu akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.
"Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun"
"Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0," katanya.
Sebelum ini, Mindef dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Image via Kosmo
Berita berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pelaksanaan semula PLKN yang dimansuhkan pada tahun 2018 membabitkan dua fasa.
Lihat kenyataan rasmi itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment