Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Hanya RM5 Semangkuk" - Ini 4 Menu Marrybrown Bowl-Baloi Yang Anda Kena Try

Memang berbaloi!

Cover image via @marrybrownmy (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang suka packaging makanan di dalam mangkuk dari restoran makanan segera kerana kemudahannya

Bagi seseorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja yang dilakukan, pasti mereka mahukan sesuatu yang cepat, sedap dan mengenyangkan untuk makan tengah hari atau makan malam.

Jadi sebab inilah makanan di dalam mangkuk seperti rice bowl atau loaded potato menjadi pilihan ramai. Kini sudah banyak restoran makanan segera yang mengaplikasikan konsep makanan di dalam mangkuk seperti KFC dan Texas Chicken.

Kalau anda nak tahu, restoran makanan segera Marrybrown telah menawarkan empat menu makanan di dalam mangkuk yang sangat sedap dan murah. Jom tengok menu-menu yang ada di bawah!

Bubur Pedas Bowl

Image via Marrybrown

Kalau anda belum pernah cuba lagi Bubur Pedas Bowl dari Marrybrown ini, anda memang wajib cuba. Bukan sahaja sedap, toppingnya seperti ayam, daun bawang dan sambal memang banyak. Sangat sesuai buat makan tengah hari kerana ia mengenyangkan dan tak rugi cuba!

Seafood Bowl

Image via Marrybrown

Anda sukakan makanan barat Fish and Chip? Kalau begitu boleh lah cuba Seafood Bowl dari Marrybrown ini. Menu ini dihidangkan bersama isi ikan rangup, kentang goreng dan juga sos tar-tar, rasanya memang persis Fish and Chip. 

Loaded Potato Bowl

Image via Marrybrown

Jika anda teringin sesuatu yang boleh dimakan sebagai snek. Loaded Potato Bowl ini memang menu yang sangat sesuai. Ia dilengkapi dengan isi ayam goreng, kentang goreng, sos cheese dan mayonnaise. Satu mangkuk memang tak cukup, kena beli dua!

Cheesy Chicken Mashed Bowl

Image via Marrybrown

Kombinasi isi ayam goreng dan mashed potato memang menjadi kegemaran ramai. Tambahan lagi, topping sos cheese dan isi ayam yang diberikan oleh Marrybrown ini bukan main banyak tau. Confirm kenyang sampai esok. Sesuai buat menu makan tengah hari atau makan malam. 

Keempat-empat menu yang ditawarkan ini nampak menarik bukan? Tunggu apa lagi, jom singgah ke restoran Marrybrown berdekatan! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment