"Hard Work Paid Off" - Wanita Kongsi Daily Planner Dari 4 Tahun Lepas Ini Buat Ramai Kagum
Uish, panjangnya planner dia.
Sebagai seorang pelajar, mesti kita akan sediakan satu daily planner bukan?
Sebenarnya, menjadi seorang pelajar universiti ini banyak aktiviti yang akan dilakukan. Oleh itu, dengan adanya daily planner ini, aktiviti harian akan lebih teratur dan masa juga akan dihabiskan dengan perkara yang berfaedah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi daily planner miliknya sejak empat tahun yang lepas telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tulis daily planner dari awal semester sehingga tamat degree
Menerusi video yang di muat naik oleh @durraerawr, kelihatan dia menunjukkan kertas daily planner miliknya yang disimpan sejak dari awal semester.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah, kertas planner itu ditulis dari hari pertama semester sehingga tamat pengajian. Ekoran itu, kertas itu menjadi panjang sehingga ke bawah tangga.
Lebih membanggakan lagi, dia juga berjaya memperoleh beberapa anugerah akademik dengan cemerlang walaupun aktif dengan aktiviti lain ketika di universiti.
Image via @durraerawr (TikTok)
Image via @durraerawr (TikTok)
"Wah, congrats sis! Doakan saya boleh berjaya macam sis juga ya" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 125.7K views, 22K likes dan 322 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada wanita itu dan memuji cara dia mengurus masanya ketika di universiti.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @durraerawr (TikTok)
Image via @durraerawr (TikTok)
Image via @durraerawr (TikTok)
Image via @durraerawr (TikTok)
Ini yang dikatakan, usaha tangga kejayaan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment