Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hasil Menyimpan Sejak Tahun 2000, Bekas Juruterbang Nuri Menang RM1 Juta Cabutan SSP BSN!

Auto jadi jutawan.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang bekas juruterbang helikopter Nuri menerima durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-102

Menurut laporan Harian Metro, juruterbang yang dikenali sebagai Leftenan Kolonel (B) Mohd Azhar Mohd@Man, 53 tahun itu berkata dia tidak menyangka menang RM1 juta hasil usaha menyimpan secara konsisten sejak tahun 2000.

Dia yang berasal dari Guar Chempedak, Yan itu tidak pernah terfikir untuk menang wang sebanyak itu berikutan hanya mensasarkan hadiah kereta sahaja ketika mula menyimpan di SSP.

Image via Harian Metro

"Saya simpan dan ada kalanya keluarkan balik duit SSP, tapi saya akan pastikan selepas itu saya simpan semula. Ia dilakukan secara konsisten, Alhamdulillah kali ini rezeki saya.

"Saya sebelum ini pernah menang beberapa kali tapi hadiahnya cuma beberapa ratus ringgit. Kali ini apabila dimaklumkan saya pemenang RM1 juta, saya sangka ia penipuan dalam talian sehingga dihubungi pegawai BSN baru saya percaya," katanya.

Replika cek bernilai RM1 juta tersebut disampaikan oleh Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin di BSN Alor Setar

Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, rezeki yang diterimanya itu akan diguna sebaiknya termasuk berkongsi bersama isteri dan anak-anak sebagai simpanan masa depan mereka.

Menurutnya lagi, wang itu juga akan diguna untuk melunaskan hutang dengan pihak bank termasuk pinjaman perumahan serta membawa keluarga menunaikan umrah.

Image via Sinar Harian

"Sebenarnya saya ada kisah di sebalik ini, sebelum ini ada seorang ustaz minta tolong saya untuk bayar kepada kontraktor yang membuat pagar sekolah agama sebanyak RM5,000, individu yang mahu wakafkan pagar itu baru meninggal dunia.

"Baki akaun saya ketika itu cuma ada RM1,000, saya terus pindah akaun untuk bayar duit itu, lagi RM4,000 saya beritahu ustaz itu akan bayar kemudian, tak sangka mungkin kerana asbab saya wakaf RM1,000, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," katanya lagi.

Berharap orang ramai tidak berputus asa untuk menyimpan wang di BSN SSP

"Insha-Allah sebagai menghargai BSN, saya akan simpan sejumlah wang dimenangi dalam BSN SSP.

"Kepada penyimpan kena terus konsisten, selain itu sebagai orang Islam, bersedekah adalah amalan yang baik untuk menjemput rezeki," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment