Adik Shah Firdaus Mohon Rakyat Malaysia Berhenti Kecam Pelumba Jepun, Shinji Nakano
Apa-apa pun Shah Firdaus dah cuba sehabis baik untuk Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Adik kepada pelumba basikal negara, Shah Firdaus Sahrom iaitu Ridwan Sahrom kecewa dengan tindakan segelintir netizen Malaysia yang menghentam Shinji Nakano di ruangan Instagram pelumba Jepun itu
Ia berikutan Shinji Nakano yang didakwa menjadi punca Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan apabila tindakannya menolak Shah Firdaus semasa acara final keirin semalam, 11 Ogos 2024.
Ridwan Sahrom meminta para netizen agar segera menghentikan serangan berbaur buli siber ke atas atlet Jepun berkenaan.
"Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.
"Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.
"Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu," katanya.
Dalam satu ciapan yang tular di laman X, Ridwan Sahrom dilihat menitiskan air matanya sebaik saja menyaksikan pengakhiran yang menyayat hati melibatkan abangnya dalam acara keirin Olimpik Paris 2024
Kalah dan menang adat pertandingan. Semoga Shah Firdaus lebih bersemangat dan terus buru pingat emas di Olimpik LA 2028 nanti. Chaiyok!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!