Ini Senarai 30 Atlet Yang Akan Wakili Malaysia Ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Sukan Paralimpik Paris akan bermula pada 28 Ogos 2024.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Acara Sukan Paralimpik Paris 2024 akan membuka tirainya tidak lama lagi sebaik saja Olimpik habis
Untuk rekod, Sukan Paralimpik Paris 2024 akan berlangsung bermula hari Rabu, 28 Ogos sehingga Ahad, 8 September ini.
Difahamkan, seramai 30 atlet dari seluruh Malaysia akan mewakili negara demi memburu pingat emas.
Berikut adalah senarai 30 atlet yang layak bertanding di Paralimpik Paris 2024:
Olahraga
Lompat jauh: Datuk Abdul Latif Romly, Muhammad Nazmi Nasri dan Jonathon Wong Kar Gee
Acara larian
100m Lelaki: Eddy Bernard
400m Lelaki: Muhammad Ammar Aiman Bin Nor Azmi
Berbasikal
Lebuh raya & trek lelaki: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan
Lebuh raya & trek wanita: Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nur Suraiya Binti Muhamad Zamri
Pilot wanita: Nurul Suhada Zainal dan Farina Shawati Binti Mohd Adnan
Badminton
Perseorangan lelaki: Cheah Liek Hou, Mhd Amin Burhanuddin dan Muhammad Fareez Anuar
Beregu WC: Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan
Memanah
Recurve: Suresh Selvatamby
Compound: Nur Jannaton Abdul Jalil dan Daneshen Govinda Rajan
Boccia
Perseorangan: Lee Chee Hoong BC2
Perseorangan & beregu: Abdul Razzaq Abdul Rahman BC4 dan Noor Askuzaimey Mat Salim BC4
Powerlifting
Sehingga 72kg: Bonnie Bunyau Gustin
Sehingga 97kg: Nicodemus Manggoi Moses
Sehingga 107kg: Jong Yee Kee
Tenis Kerusi Roda
Perseorangan: Abu Samah Borhan
Perseorangan & beregu: Mohamad Yusshazwan Yusoff
Renang
100m: Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan
50 / 100 / 200 / 100m: Muhammad Nur Syaiful Zulkafli
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!