Atlet Luah Rasa Kesal, Di 'Banned' Perancis Dari Bertanding Olimpik Paris Sebab Berhijab
Kesian diaorang, negara sendiri pula tu yang banned.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sukan Olimpik Paris 2024 akan melabuhkan tirainya beberapa hari saja lagi
Di sebalik usaha setiap atlet bertanding untuk meraih pingat demi negara tercinta masing-masing, ada pula berita sedih apabila France tidak membenarkan atlet wanita yang berhijab untuk bertanding di acara Olimpik kali ini.
Perkara tersebut membuatkan ramai atlet kesal dan kecewa kerana ia menyebabkan mereka terbatas untuk mengejar impian mengharumkan nama negara itu.
Untuk info, sukan Olimpik Paris digelar 'first gender-equal Olympics', tetapi Perancis telah melarang beberapa atlet wanita Islam daripada bertanding
Ahli jawatankuasa Olimpik Perancis mengesahkan atlet Perancis yang memakai tudung tidak boleh bertanding, melainkan mereka menanggalkan tudung mereka.
Selama bertahun-tahun, Perancis telah dikritik kerana mengawal pemilihan pakaian wanita Islam. Amnesty International dan Pemerhati Hak Asasi Manusia telah mengkritik larangan itu dengan mengatakan ia adalah diskriminatif.
Atlet Muslim dari seluruh dunia mengambil berat tentang larangan itu dan ini adalah antara pandangan peribadi mereka:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!