Pemenang Pingat Emas Gimnastik Olimpik Dedah Ibu 'Songlap' Duit Kemenangan Tanpa Izin
Sedih pula baca kisah dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pemenang pingat emas bagi acara gimnastik di Olimpik Paris 2024, iaitu Carlos Yulo dari Filipina mendedahkan kisah sedih yang dihadapinya sejak tahun 2020
Walaupun berjaya meraih emas buat kali kedua menerusi acara gimnas di Olimpik Paris 2024, Carlos Yulo telah meluahkan kisah sedih yang telah lama dipendam mengenai ibu kandungnya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Carlos menceritakan perbuatan ibunya, Angelica Yulo yang didakwa mengeluarkan duit daripada akaun banknya tanpa izin.
Menurut laporan Forbes, Angelica yang memegang akaun bank Carlos telah merahsiakan tentang wang kemenangan milik Carlos dalam pertandingan yang pernah disertai sejak tahun 2020 lagi.
Hubungan mula dingin gara-gara ibu tak suka teman wanita, Angelica dakwa teman wanitanya hanya ingin mengambil kesempatan
"Kalau saya tak periksa sendiri, saya tak akan tahu yang saya tak pernah menerima wang insentif, dan saya juga tak pernah meminta. Sepatutnya ia berjumlah 6 angka, bukan setakat p70,000 (~RM5.4K)", katanya.
Walaupun Angelica Yulo telah menafikan tuduhan tersebut, dia tetap mengaku telah memindahkan wang ke akaun peribadinya untuk simpanan masa depan Carlos.
Carlos berkata dia sama sekali tidak kisah tentang wang tersebut, cuma dia mahu mengkritik cara ibunya yang telah menyembunyikan dan menguruskan wang itu tanpa persetujuannya terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, Carlos sudah memaafkan ibunya dan berharap mereka sekeluarga boleh berubah dan hidup dengan tenang di Filipina
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!