Hasil Niaga Nasi Lemak & Banting Tulang Tuai Sawah, Anak Petani Ini Berjaya Terima Ijazah
Alhamdulillah. :')
Di dunia ini, siapa je yang tak nak berjaya bukan? Apa jua yang dilakukan pasti memegang matlamat untuk meraih kejayaan di masa hadapan.
Image via Giphy
Namun begitu, dua tips dan prinsip ini sangatlah diperlukan untuk dipegang teguh oleh seseorang jika mereka ingin mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Yang pertama, sesuatu kejayaan perlu dicapai dengan TEKUN. Di antara cara-caranya adalah perlu sabar, gigih, pantang menyerah dan sentiasa beristiqamah.
Untuk tips dan prinsip yang kedua pula, seseorang itu perlulah mencapai kejayaan dengan FOKUS. Apa jua yang dilakukan, jangan pernah hilang fokus dan mudah untuk menyerah kalah. Namun begitu, paling penting sekali adalah doa dan istiqamah.
InsyaAllah, kejayaan itu bakal menjadi milik anda suatu hari nanti.
Sebagai contoh, anda boleh lihat kejayaan yang dimiliki oleh gadis ini dan merupakan seorang pelajar yang telah berjaya mendapat segulung ijazah
Image via Twitter @apihazmi
Kejayaannya itu telah dipuji ramai orang di laman Twitter selepas gambar photoshoot dia bersama keluarga telah ditularkan oleh jurugambarnya sendiri @apihazmi. Malah, perkongsian gambar tersebut turut meraih 7 ribu retweets dan 12 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Kalau tak percaya, lihat sendiri gambar-gambar hasil photoshoot di bawah. Memang betul-betul cantik dan lain daripada yang lain.
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Gambar-gambar bersama keluarga yang begitu bermakna dan boleh diabadikan sampai bila-bila. :')
Berlatarbelakangkan kehijauan sawah padi yang permai, gambar yang dihasilkan memang begitu memuaskan hati!
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Image via Twitter @apihazmi
Semoga ramai lagi pelajar di luar sana yang dapat merasai detik-detik seperti ini suatu hari nanti. Amin...
Alhamdulillah, rezeki masing-masing. :)
Leave a comment