"Hati Kau Keras Bang" - Tular Video Driver Lori Ini Rileks Kena Kacau Dengan Pocong
"Jiwa kental. Kalau saya tu, mau tercabut stereng" - Warganet.
Siapa saja yang diganggu oleh makhluk halus pasti akan menjerit atau lari tak cukup tanah
Kadangkala, ada yang sampai terbuang air kecil dalam seluar kerana perasaan seram menguasai diri. Iyalah, faham-faham sajalah bagaimana rupa makhluk halus ini kan? Memang meremang bulu roma!
Namun, lain pula kejadian yang berlaku kepada seorang pemandu lori ini apabila dia santai merakam dirinya semasa diganggu oleh pocong telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rileks siap rakam video walaupun pocong 'tumpang' duduk sebelah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eddypablo3, kelihatan pemandu lori itu sedang memandu ke destinasi yang tidak diketahui.
Apa yang mengejutkan adalah apabila seekor hantu pocong dilihat berada di sebelahnya semasa dia dalam perjalanan itu. Dia membaca pelbagai doa, namun makhluk tersebut tetap berada di situ.
Lebih menyeramkan lagi, penampakan mahluk halus berkenaan jelas seakan hantu pocong yang berbungkus dengan kain kafan.
“Assalamualaikum, ada sesiapa tertinggal sahabat tak kat atas ‘highway’? Dah baca macam-macam doa tak jalan juga,” katanya.
Image via @eddypablo3 (TikTok)
"Hati kau keras bang, kalau aku bukan hati je yang keras, aku-aku sekali 'keraih'" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.2M views, 76.4K likes dan 4.3K comments di TikTok, rata-rata warganet turut mengagumi sifat berani pemandu lori berkenaan. Malah, ada yang berkata jika mereka di tempatnya, mungkin mereka sudah cabut lari.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @eddypablo3 (TikTok)
Image via @eddypablo3 (TikTok)
Image via @eddypablo3 (TikTok)
Image via @eddypablo3 (TikTok)
Fuhh, lain macam berani abang ni. Kalau admin jadi dia, mungkin dah terbabas lori tu :O
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment