Bila Isteri Bekalkan Makanan, Reaksi Lelaki Show Off Dekat Officemate Ini Buat Ramai Dekah
Comel je beg bekal dia!
Setuju atau tidak, jarang kita lihat orang lelaki membawa bekal makanan ke tempat kerja
Apatah lagi jika membawa bekal makanan yang comel-comel, mesti ramai yang takut kena bahan dengan kawan-kawan kan?
Namun, lain pula dengan lelaki ini apabila dia bangga menayang beg bekal makanannya kepada kawan di pejabat telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bangga tunjuk beg bekal makanan dekat officemates
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ehhfie, kelihatan lelaki itu membawa bekal makanan ke pejabatnya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu tidak berasa malu menunjukkan beg bekalnya kepada kawan-kawan. Beg bekal comel berwarna hijau itu lengkap dengan botol minuman sekali di bahagian tepinya.
Lebih mencuit hati, dia siap membuat aksi gedik apabila diusik oleh kawan-kawan sepejabatnya itu.
"Kalau future husband I tak flex bekal dia macam ni, I hantar balik rumah mak dia" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 444.7K tontonan, 55.7K tanda suka serta 10.6K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan dan lucu lelaki itu yang seronok membawa bekal ke tempat kerja.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!