seismik

Gadis Tengah Makan Dalam Kereta, Sekali Bila Dengar Rakaman Ada Suara Lain Ikut Lagu Radio

Seram pula.

Cover image via @mamaadellia (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila sesuatu tragedi seram berlaku kepada kita, sudah tentu sukar untuk kita melupakan insiden tersebut betul tak?

Iyalah, bukan semua orang pernah berdepan dengan situasi seram. Apatah lagi jika sedang berseorangan.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila dia sedang makan di dalam kereta dan terdengar suara lain menyanyi telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mamaadellia

Terjumpa video ni. Korang dengar laa sendiri. Hahaha. Sape eh nynyi tu?

original sound - Mama Adellia - Mama Adellia

Saja rakam video makan sambil me time, sekali bila dengar balik ada suara lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamaadellia, kelihatan gadis itu sedang makan di dalam kereta seorang diri pada waktu malam.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia melihat semula rakaman berdurasi 15 saat itu, tiba-tiba kedengaran suara seseorang seperti sedang menyanyi dan mengikut rentak lagu dalam radio ketika itu.

"Tiba-tiba dalam lagu ni ada orang nyanyi, sedangkan aku tengah makan. Siapa yang nyanyi ni?" katanya.

"Meremang weh tengok kat belakang dia tu, ada sesuatu tengah memerhati tu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.9M tontonan, 95.9K tanda suka serta 2.2K komen di TikTok, rata-rata warganet turut mendengar suara lain semasa lagu itu berkumandang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kejap. Tapi kenapa admin dengar macam suara seseorang tengah humming?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: