Hukuman Mati Enam Penuntut UPNM Bunuh Zulfarhan Diganti Dengan Penjara 18 Tahun
Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap keenam-enam pelaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional yang dihukum gantung kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu bernasib baik apabila Mahkamah Persekutuan memerintahkan mereka dijel 18 tahun
Menurut laporan Berita Harian, panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menerima rayuan akhir semua perayu atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Enam bekas pelajar itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang semuanya berusia 29 tahun.
Image via Beautiful Nara
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas pelajar UPNM mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan
Difahamkan, mahkamah mendapati elemen kecederaan mangsa menyebabkan kematian tidak dapat dibuktikan keraguan munasabah.
"Sehubungan itu, mahkamah memutuskan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan persubahatan dikembalikan, hukuman penjara 18 tahun dikekalkan," kata hakim.
Pada 23 Julai tahun lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.
Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam pelajar itu, selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.
Bekas pelajar itu, kini berusia 29 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017 sehingga menyebabkan Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment