“Dugaan Sebelum Ramadan” - Tular Insiden Langgar Lari, Mangsa Minta Orang Cari Si Pelaku
Difahamkan, empat kereta terlibat dalam kejadian langgar lari di Johor Bahru.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah kemalangan melibatkan empat kenderaan di Johor Bahru telah mengundang kemarahan ramai gara-gara si pelaku melarikan diri
Menerusi hantaran di Facebook oleh Syahirah Zahidah, keretanya juga menjadi mangsa dan sempat dirakam melalui dashcam.
"Kemalangan melibatkan empat buah kereta termasuk kereta kami. Kadang kita dah cukup berhati-hati tapi disebabkan orang lain, kita pun terlibat sama," tulisnya.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku berdekatan KSL City Mall, Johor Bahru.
Mohon bantuan orang ramai untuk cari pelaku
Susulan tularnya posting tersebut di Facebook, mangsa turut mendedahkan muka si pelaku yang menaiki kenderaan dari Singapura.
"Btw orang yang langgar kami tu lari ye. Sebab dia takut kena cekut dengan polis. Kot kot kalau ada ternampak dengan pelaku ni bagitahu la ye. Accident area KSL semalam petang around 6:46pm," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!