seismik

Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Selepas Sertai Rentas Desa Sejauh 6KM

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.

Cover image via Sinar Harian & Murtadha Dakwah Centre (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada Khamis, 27 Februari 2025

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, dikatakan telah berjaya menamatkan acara sejauh enam kilometer sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selepas melepasi garisan penamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, acara itu disertai di sekolah bersama pelajar lain.

"Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

"Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah memberikan bantuan pertolongan cemas, namun tiada tindak balas," katanya.

Image via Sinar Harian

Mangsa dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)

"Hasil temu bual pihak kita dengan bapa mangsa mendapati anak mereka itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit serta seorang yang aktif bersukan," katanya lagi.

Beliau berkata, bapa mangsa juga telah memberi kebenaran bertulis membolehkan anaknya menyertai acara sukan berkenaan.

Menurut Wan Azharudin lagi, semakan rekod kesihatan mangsa mendapati tidak mempunyai sebarang rekod penyakit dan rawatan di hospital.

Setakat ini, pemeriksaan ke atas mangsa di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: