Tular 2 Murid Pimpin Tangan Kawan OKU Waktu Rehat, Ibu Dedah Kisah Anak Jalan Berjingkit
Bagusnya kawan-kawan dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah video memaparkan dua murid perempuan memimpin tangan rakan sekelas mereka balik dari sekolah telah meraih pujian ramai
Menerusi video yang dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak kurang upaya tersebut yang bernama Nur Dhia Mikayla, 7, dia dilihat tidak dapat berjalan dengan normal seperti kanak-kanak lain.
Namun, tindakan dua orang kawannya yang sanggup memimpin tangannya semasa waktu rehat membuatkan ibu Dhia merasa sebak.
"Terima kasih tolong kakak, sampai basah kasut kawan pijak air sebab nak hantar kakak pergi makan dekat kantin. Terima kasih juga kat cikgu yang pantau Dhia dekat sekolah," katanya.
Lepas dua tahun baru dapat tahu anak tak boleh berjalan normal
Menurut ibu Dhia, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilahirkan secara pramatang normal. Walau bagaimanapun, selepas Dhia berumur dua tahun lebih baru mereka diberitahu bahawa Dhia tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.
"Dhia jalan berjingkit. Tapi dia tak pakai wheelchair sebab boleh jalan tapi lambat sikit je. Kalau berlari dia laju.
"Dulu tak boleh jalan langsung, lepas bawak rawatan dekat Perak, Alhamdulillah kakak dah boleh berjalan, duduk bersila. Banyak perubahan dia," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!