Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Bapa Berbangsa Cina Melawat Bersihkan Kubur Anaknya Yang Mualaf Buat Ramai Terharu

Walaupun berbeza agama, kasih sayang ibu bapa tu pasti sentiasa ada.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadangkala kita pasti ada terdengar mengenai tanggapan negatif terhadap ibu bapa kepada anak yang memeluk Islam

Ada kalanya kita mendengar kisah seseorang mualaf yang dibuang ibu bapa selepas tidak boleh menerima anaknya memeluk Islam.

Namun begitu, bukan semua yang diperkatakan itu benar. Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah hantaran yang tular di Facebook memaparkan sepasang suami isteri berbangsa Cina melawat kubur anak lelakinya yang memeluk Islam.

Lihat hantaran itu di bawah:

Image via Joy MamaNunai MamaNunai (Facebook)

Bersihkan kubur anak walaupun berbeza agama

Menerusi hantaran oleh Joy MamaNunai MamaNunai di Facebook, wanita itu terjumpa pasangan itu ketika membersihkan kubur ibu bapanya.

Tambah wanita itu lagi, pasangan berbangsa cina itu dilihat membersihkan sebuah kubur dan apabila ditanya kubur itu rupa-rupanya adalah kubur anaknya yang memeluk Islam berkahwin dengan perempuan Melayu.

Image via Joy MamaNunai MamaNunai (Facebook)

"Love of parents will always be there regardless of religion. Happy to be in Malaysia where we are surrounded by many types of religions and backgrounds. Most importantly is to respect own religion and own beliefs" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Facebook, ianya telah meraih sehingga 3.2K likes, 206 comments dan 1.8K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Facebok menunjukkan reaksi terharu dan mendoakan anak pasangan berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Joy MamaNunai MamaNunai (Facebook)

Image via Joy MamaNunai MamaNunai (Facebook)

Image via Joy MamaNunai MamaNunai (Facebook)

Terharu tengok :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment