Ibu Anak Kanser Ini Nasihat Supaya Jaga Pemakanan Anak, Jangan Menyesal Macam Dirinya
Makanan ringan atau jajan ni kan tak baik untuk kesihatan.
Selalu kita lihat kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah mula mencuba makanan ringan
Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut mengambil pada kadar yang banyak hinggakan sudah menjadi makanan ruji setiap hari. Sebab itu juga kita sering lihat gigi kanak-kanak cepat rosak walaupun usia belum pun menginjak usia 10 tahun.
Bila dah begini, timbul pula isu lain bila mereka mudah terkena penyakit ataupun obesiti. Sudahlah Malaysia kini menduduki carta teratas rakyat tergemuk di Asia Tenggara. Oh no!
Sebenarnya sudah banyak kempen gaya hidup sihat dianjurkan kepada orang awam. Walaupun ramai yang mengikuti kempen tersebut namun sayang sekali penjagaan makanan ini tidak dipraktikkan kepada kanak-kanak.
Image via TheHive.Asia
Dikhabarkan bahawa sekiranya soal penjagaan makanan ini tidak dijaga sejak kecil, ia boleh mendatangkan simptom kanser
Baru-baru ini, seorang ibu muda yang dikenali sebagai Louis AmyCek berkongsi di laman Facebook-nya mengenai isu pengambilan makanan yang tidak sihat.
Bermula dengan dia berkongsi perbualan apabila salah seorang pengikutnya meluah nasib apabila anaknya kini mempunyai simptom kanser. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak bernasib sama, tentu dia memahami perasaan wanita itu.
Image via Louis AmyCek / Facebook
Ikuti perkongsian penuh di bawah:
"Allahuakbar, petang tadi Amy dapat panggilan daripada seorang wanita dan ibu kepada seorang anak kecil berumur dua tahun. Dia telefon dan bertanya kepada saya. Amy, saya adalah pengikut Amy, selalu tengok wall Amy pasal anak kanser.
"Sekarang anak saya sekejap demam sekejap kebah dan kini timbul biji-biji kecil dekat bawah telinga dengan tekak. Apa yang patut saya lakukan?
"Allahurabbi, hati Amy memang dah rasa tak sedap hati sangat. Amy tenangkan dia, sebab suara dia memang dalam ketakutan sangat. Suara hati seorang ibu yang sangat mengharapkan ia bukan simptom kanser.
"Pertama sekali, saya bukan doktor, tapi saya ibu kepada anak kanser. Malah, saya tak tahu 100% tapi saya boleh terang apa yang saya tahu je. Subhanallah, dia beritahu mata anak dia bengkak, perut besar sikit, butir-butir kecil di bawah telinga dan bahu.
"Hancur hati seorang ibu bila pergi klinik untuk periksa keadaan anaknya dan dapat surat daripada doktor yang mengesahkan ia adalah simptom kanser.
"Kasihannya Ya Allah, andai dapat putar masa kembali, banyak mak-mak kanser lain nak ubah cara pemakanan anak-anak termasuk aku!
"Dia call sekali lagi untuk minta kata semangat daripada Amy. Amy, doktor beritahu saya dan cakap anak saya ada simptom-simptom kanser, Amy. Macam mana saya nak hadap, Amy? Rasa nak rebah pengsan je bila dengar," tulisnya.
Image via Louis Amycek / Facebook
Tambahnya lagi, dia sangat terkejut apabila mengetahui cara pemakanan keluarga tersebut
"Dan Amy masih tak puas hati, Amy tanya dia sekali lagi. Macam mana cara pemakanan sebelum ni dekat anak?” Tak sempat Amy tanya habis, dia jawab, “Allah Amy, dulu saya buat stok je air kotak. Air *****, cikedis kat rumah dan saya memang ada talasemia.
"Allahurabbi! Kalau kita ada talasemia dan anak-beranak talasemia atau anemia, tolonglah ibu-ibu, tolonglah. Amy merayu sangat, jagalah pemakanan dan elakkan semua ini demi anak kita.
"Sayanglah anak kita. Biarlah kita dilabelkan seorang ibu bapa yang melampau dan cerewet bab menjaga anak. Tak boleh buat ini, tak boleh makan ni, tak boleh makan itu! Biarkan anak aku, aku tahu apa yang aku buat.
"Hati ibu mana yang sanggup dengar semua ini? Sedangkan Amy sendiri hampir give up untuk teruskan hidup. Tapi? Siapalah kita untuk mengelak semua ini? Ada hikmah, sayang. Allah memilih kita kerana kita mampu menghadap semua ini. Dia tahu kita seorang yang layak dan seorang yang sangat kuat!
"Keep strong sayang. And until now, Amy masih tertanya-tanya siapakah wanita ni, dan Amy harap dia kuat dan tempuhlah dugaan ni dengan hati yang terbuka. Redha dengan sesuatu perkara, barulah Allah terima," tulisnya.
Image via CNN
Bagaimanapun, ramai yang salah sangka dengan perkongsiannya itu menyebabkan dia sekali lagi memuat naik post baru bagi memberikan penjelasan secara terperinci mengenai isu itu
"Ramai yang salah erti pasal junk food ni sebenarnya. Meh sini aku jelaskan sekali, dua kali, tiga kali bagi faham dan sila hadam.
"Okay, junk food ni kalau sesetengah budak boleh je nak bagi, sesetengah budak tak boleh terus nak bagi. Tapi, sebagai mak ayah yang berguna, patut tak bagi demi kesihatan anak? Dah tahu benda tu tak sesuai untuk budak, jadi untuk apa? Dalam air kotak tu banyak gila kot gula, untuk apa lagi nak sumbat dalam mulut anak?
"Nak bagi, boleh! Tapi dengan kadar yang sederhana. Jangan sampai anak sakit baru hang nak menyesal. Benda ni tak kirea datang dari mana, (ALL & AML) sel kanser yang cepat merebak. Anak saya ALL tapi kena pantau. Sentiasa! Aku sendiri yang menyesal sampai ke harini. Tapi nak buat macam mana Allah bagi dugaan ni dekat aku.
"Berat atau ringan, sanggup atau tak, kuat atau tak, aku sebagai seorang ibu, kena hadap jugak!" tulisnya.
Image via Louis AmyCek / Facebook
Katanya, dia sendiri menyesal kerana tidak menjaga pemakanan namun kini belajar daripada kesilapannya
Image via Louis AmyCek / Facebook
Semoga kita dapat belajar daripada perkongsian wanita ini.
Baca juga artikel lain mengenai kanser:
Leave a comment