seismik

Akibat 'Fake Braces', Anda Boleh Terdedah Kepada Kanser Dan HIV. Jangan Main Bedal Je!

Kalau gigi dah cantik tak perlulah pakai fake braces dah dik oi.

Cover image via Google

Zaman sekarang senang untuk jumpa orang yang memakai braces walaupun gigi dah cantik, elok, tersusun. Pelik juga.

Pakai braces ini bukan satu trend ya adik-adik.

Lebih-lebih lagi sekarang memang banyak tempat yang menawarkan braces tiruan. Hanya bermodalkan RM500, boleh pasang terus braces tanpa apa-apa appointment cabut gigi, pasang separator dan sebagainya. Terus datang, bayar dan pasang. Mudah tapi kesannya kena tanggung sendirilah di masa akan datang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Sudah banyak peringatan yang diberikan oleh pakar perubatan tentang braces tiruan ini. Namun, sehingga kini masalah tersebut masih berlarutan dan ramai juga yang menjadi mangsa. Sebab itulah adik-adik di luar sana perlu tahu tujuan sebenar sebelum memakai braces.

Tahukah anda, pengguna yang menggunakan perkhidmatan braces tiruan akan terdedah kepada jangkitan pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit HIV?

Ya, benar.

Jangan ingat pemakaian braces tiruan ini selamat ya. Ada akibat jika memakainya.

Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net

Menurut laporan, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun berkata, jumlah pengguna braces tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awan (KKPA) di seluruh negara semakin meningkat.

“Kedatangan pesakit itu kerana mereka mengalami pelbagai implikasi daripada kesan penggunaan pendakap gigi tiruan yang semakin menjadi ‘trend’ terkini.

Perkara ini membimbangkan apabila masih ramai orang awam terutama remaja yang menggunakan perkhidmatan haram itu kerana murah dan mudah sedangkan mereka berdepan dengan pelbagai risiko," katanya.

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun.

Image via Harian Metro
“Perkhidmatan haram ditawarkan itu dijalankan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya dan paling merisaukan kerana kebarangkalian pengguna untuk dijangkiti virus dan kuman sangat tinggi.”
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun

Memang murah, tapi braces tiruan ini memang akan memberikan banyak kesan tidak baik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pihak KKPA turut menyediakan perkhidmatan pemasangan braces dan ianya dijamin selamat dan murah. Pihak mereka menjelaskan bahawa pemasangan braces tiruan ini akan membuatkan gigi semakin jongang dan ada juga kes ke semua gigi tercabut.

Malah, sejak tahun 2015 hingga kini, sebanyak 5 kes berkaitan perkhidmatan pemasangan braces tiruan berjaya dicegah dan 4 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

“Bukan hanya pesakit mengalami masalah pergigian sahaja yang perlu datang ke KKPA tetapi semua orang digalakkan datang untuk menjalani pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali.”
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun.

Program kesedaran sentiasa akan dijalankan bagi memberikan peringatan kepada orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan jumlah kedatangan pesakit gigi ke KKPA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: