[GAMBAR] Gigi Kanak-Kanak 3 Tahun Rosak Teruk Akibat Gula, Ibu Minta Doktor Cabut Semua
Penjagaan gigi dan pemakanan kanak-kanak seharunya dititikberatkan.
Sepatutnya dari kecil, ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak. Ibu bapa juga harus menghindarkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan.
Hal ini kerana, penjagaan gigi seharusnya diambil berat dari peringkat awal pertumbuhan gigi. Pemakanan kanak-kanak juga harus dipantau.
Apa yang akan berlaku jika penjagaan gigi anak-anak diabaikan? Kesannya seperti dalam perkongsian oleh Doktor Hannani Murni di akaun Facebook miliknya.
Dikatakan ibu kepada kanak-kanak tersebut meminta untuk mencabut semua gigi kerana semua gigi anaknya telah rosak. Doktor Hannani Murni juga menjelaskan bahawa kalau cabut satu gigi pun mengambil masa yang lama untuk sembuh. Apatah lagi kesemua gigi untuk kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun tersebut.
Beliau juga menambah bahawa sekarang terlalu banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kanak-kanak sekarang boleh didedahkan dengan penyakit kencing manis pada umur yang masih muda. Ada juga kanak-kanak yang ketagih gula dan tidak boleh berpisah dengan minuman air gas.
Masyarakat seringkali tidak membuat kajian sebelum membeli. Lagi-lagi yang termakan dengan iklan makanan sunnah, dari mekah atau dari al-Quran. Beliau turut menjelaskan bahawa beliau bukan anti makanan sunnah tetapi beliau seringkali terjumpa 'makanan sunnah' ini ke pusat racun negara kerana mengandungi steroid dan bahan terlarang.
Baca status penuh perkongsian beliau di bawah:
KAN DAH CAKAP....
Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak2
Pilih susu yang baik
Pilih makann yang baik
Cheat day tu ok laaa sekali sekala
Tapi kalo hari2 cheat day???
Mak ayah xnak susah..
Malas nak berperang
Ataw terpedaya dgn iklan2 tv
Ataw merasakan ilmu2 parenting xpenting
Saya pun xpaham
Ni saya sajikan
Gigi pesakit saya
Baru 3 tahun
Gigi dah semuanya rosak!!!
Semua ok!!!
Saya tanya mak dia
Kenapa teruk sangat rosak gigi??
Dia cakap
Sebab dia minum “tamark@k@” dia xnak susu lain.. dia tdo pun msti nak kne mnum tamar*^#% niii sehari 6 botol wajib!”
Post sy sblm ni sy ada share kandungan gula dlam tamar$&@) (bukan nama sebenar)
Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia
Tapi susah nk educate mak ayah
Kenapa suka beli bende tu??
Sebb ada kurma??
Sebab murah? Sebab anak suka??
Org yang jual bnde tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. berapa percent kurma dia letak
Kurma itself da cukup manis
Tambah gula lagi??
Mana anak xketagih gula??
Kesian anak ni.. hari2 nanges sbb sakit gigi
“Tulaaa doktor..saya ingat nnt saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii”
Nak dicabut smua??
Hmmm
Cuba awk gi cabut sebatang?? Mc brp hari?? Ni awak nak cabut smua gigi tu skali gus??
Well done mother
Banyak pnyakit yang disebabkan oleh gula
Kesan anak sukar focus dalam task
Boleh lead to hyperactive disorder
Anak boleh dpt kencing manis lebih awal
Malah ada pesakit saya ketagih gula
Mesti nak minum air gas
Budak baru umo 8tahun...
Mak dia kje restoran..
entahlaaa
Kadang masyarakat kita
Kalau disajikan dgn iklan
Makann sunnah
Diiktiraf rasulullah lagi
Dari mekah
Dalam alquran
Tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli
Saya bukan anti makanan sunnah
Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang...
Bukan sekali
Bukan sekali....
Kalau nak makan kurma gi la beli kurma!
Kalo nak makan buah zaitun buah tin.. watuuurisiiiniin gi la beli zaitun itself..
Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan??
Sebab... senang...
Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan...
Hebat betul!!
Sekarang smuanya dihujung jari
Bukak cek
Kalo tak tahu tanya
Kami kan ada
#kamisediamembantu