Ibu Kecewa & Tak Hargai Keputusan Peperiksaan Anak Ada Gred B Ini Dikecam Warganet
Cubalah bawa bersyukur sikit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tak kira apa pun keputusan yang diperolehi oleh anak-anak, sudah pasti ibu bapa akan berbangga dengan anak mereka yang sudah bertungkus-lumus untuk mendapatkan markah terbaik di dalam peperiksaan
Baru-baru ini, tular di platform X yang memaparkan ibu kepada seorang pelajar begitu kecewa kerana anaknya itu tidak berjaya mendapatkan gred A sepenuhnya di dalam peperiksaan.
Kekecewaan wanita itu dikongsikan seorang individu yang menggunakan nama @liyanaliyana menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X itu.
Menerusi ciapan tersebut, Liyana memuat naik tangkap layar memaparkan keputusan cemerlang iaitu 8A dan 3B yang diraih seorang pelajar wanita di dalam peperiksaannya baru-baru ini.
"Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun Nurhany tadi. Alahai Hany, parah-parah. Semua mata pelajaran aliran sains dia menurun.
"Tahun depan dah nak duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), waktu cuti sekolah suruh pergi kelas tambahan tak nak.
"Tengok itu, semua mata pelajaran sains dah ‘drop’," kata ibunya.
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian netizen yang ternyata tidak bersetuju dengan individu berkenaan yang dilihat tidak menghargai usaha anaknya itu.
Image via liyanaliyana (X)
"Bersyukur la. Tak semua orang usaha boleh dapat macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 727 tontonan, 200 tanda suka dan 36 komen di platform X.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Image via liyanaliyana (X)
Image via liyanaliyana (X)
Lihat posting itu di bawah:
Hm, ada juga ya parents yang tak beryukur dan hargai usaha anak-anak :,)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment