Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Kepada Bayi Yang 'Tertukar' Mahu Saman Pihak Hospital Kerana Kecuaian Yang Berlaku

Bukan saja tertukar bayi, info bayi pun salah catat.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini tular sebuah insiden yang melibatkan dua pasangan tertukar bayi semasa di hospital

Tular video Facebook Live oleh usahawan Siti Suriani Wahiddin yang menceritakan insiden pertukaran bayi berkenaan. 

Menurutnya, selepas bayi dibawa pulang ke rumah, dia baru perasan tag nama di kaki bayi tersebut bukan bayinya. Tag nama menunjukkan bayi kepada ibu lain. Dia lantas bimbang dan sedih kerana risaukan keberadaan anak kandungnya. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Info yang tertulis pada tag nama bayi semuanya menunjukkan bayi itu bukan anaknya

Menerusi video berkenaan, kelihatan Siti menunjukkan tag nama bayi itu. Siti mengaku bahawa dia melahirkannya pada hari Jumaat, jam 2.36 pagi tetapi ternyata tag bayi itu memaparkan nama ibu, tarikh lahir dan masa lahir yang berlainan.

Siti lantas menghubungi pihak hospital untuk kepastian. Dia ketika itu juga bersedih kerana masih tidak tahu keberadaan anak kandungnya. Secara tidak langsung, bayi ini telah menjadi anak susuannya.

Image via Jamumall.com (Facebook)

Mujur Siti telah menemukan bayinya setelah mendapat kepastian daripada hospital

Rupa-rupanya Siti tertukar bayi dengan Dianah. Proses pertukaran dengan Dianah juga mudah. Mereka berdua terkilan kerana sudah menganggap bayi yang tertukar itu sebagai anak sendiri selama dua hari, tetapi dikhabarkan bayi itu bukan anak mereka. 

Dalam pada itu, Siti juga mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak hospital

Bukan setakat tertukar bayi, berat badan juga salah tulis. Tambahan lagi, vaksin BCG juga tidak diketahui sama sudah diterima oleh bayi atau belum. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment