"Kecil-Kecil Dah Dibandingkan" - Netizen Berang Anak Sekecil Ini Dah Diberikan Suplemen
Lebih baik jika kita berikan makanan yang berkhasiat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya memerlukan vitamin yang cukup untuk tumbesaran yang sempurna
Oleh sebab itu, mereka digalakkan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa kini juga mencari pelbagai alternatif seperti mengisar sayur-sayuran dan buah-buahan supaya mereka mendapatkan pemakanan yang seimbang.
Namun, tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan perkembangan anaknya yang positif setelah mengamalkan pemakanan suplemen menarik perhatian netizen.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Bahaya beri anak minum air fructose yang mengandungi lebih gula
Menerusi posting berkenaan, sebuah paparan seorang netizen menyatakan dia mendapat feedback yang positif setelah anaknya mengamalkan suplemen tersebut.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertindak untuk membandingkan perkembangan anaknya yang masih kecil.
Perkara ini mengundang berang netizen kerana kanak-kanak seharusnya diberikan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan asli. Malah, apa yang mengundang kemarahan netizen adalah apabila ibu bapa suka membandingkan perkembangan anak mereka dengan anak orang lain.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing berkenaan isu tersebut
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan mendapat perhatian sebanyak 3K tweets, 3K likes dan 28 comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter: