seismik

"Awas, Jangan Tertipu!" - Gadis Ini Jelaskan Emas Chrome Putih Juga Laku Di Pasaran

Salah satu taktik penjual emas untuk kaut keuntungan.

Cover image via @dhieyanaj93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pembelian emas untuk dijadikan perhiasan ataupun sebagai simpanan aset sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita

Iyalah, emas bukan saja boleh dibuat pelaburan. Malah, harga emas yang kekal dan tidak mudah jatuh menyebabkan semua orang ingin memiliki emas. Emas jenis perhiasan ini mempunyai banyak jenis, ada yang emas 916, emas putih, emas chrome dan lain-lain lagi. 

Kita pasti pernah berhadapan dengan situasi ingin menjual emas yang telah dibeli bukan? Pernahkan anda menghadapi situasi seperti pemilik kedai emas itu tidak mahu membeli emas anda?

Jom lihat penjelasan daripada seorang gadis yang tular videonya baru-baru ini tentang emas chrome putih mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tipu kata tak laku, sebenarnya nak kaut keuntungan yang lebih

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menjelaskan tentang emas chrome putih dalam videonya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menasihat masyarakat supaya jangan tertipu dengan strategi pemilik kedai emas tentang emas chrome putih. Jelasnya lagi, emas chrome putih itu sama harganya seperti harga emas biasa.

Tambah gadis itu, dia juga menerangkan sebenarnya emas chrome itu adalah cat putih yang disalut ke atas emas. Lama kelamaan, emas chrome itu akan menjadi seperti emas kuning yang biasa.

"Betul padahal chrome tu cair jadi je kuning balik" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan penjelasan gadis itu. Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah tertipu dengan pemilik kedai emas mengatakan emas itu tak laku. 

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 885K views, 107K likes dan 1K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Bagus perkongsian kali ini, hati-hati guys jangan kena tipu! ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Jom shopping barang berguna ini: