seismik

[VIDEO] "Tak Kena Sengat Ke?" - Wanita Ini Selamba Pindahkan Lebah Tanpa 'Glove'

Wah, hebat betul!

Cover image via @texasbeesworks (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Madu sememangnya sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita

Siapa je yang tak sukakan madu bukan? Dah lah manis, berkhasiat dan sedap pula tu. Namun begitu, tahukah anda proses penghasilan madu ini tidak mudah. Ia memerlukan pelbagai fasa dan proses untuk lebah hasilkan madu itu.

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik di laman TikTok apabila seorang wanita memindahkan lebah hanya menggunakan tangan dengan begitu saja menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba pindah lebah menggunakan tangan tanpa pakai glove

Menerusi video yang dimuat naik oleh @texasbeeworks di laman TikToknya, kelihatan dia sedang berusaha untuk memindahkan lebah yang ada di payung khemah ke dalam kotak lebah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila dia tidak menggunakan sarung tangan untuk memindahkan lebah tersebut. Malah, dia kelihatan sangat bersahaja semasa melakukannya.

Perkara tersebut mengundang tanda tanya netizen bagaimana ia melakukannya tanpa disengat lebah-lebah berkenaan. Selain itu, wanita itu juga berkongsi tips untuk pindahkan sekumpulan lebah dengan mengeluarkan queen bee dari poketnya.

"Macam mana dia boleh sangat calm and relax pegang lebah tu" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan teruja dengan aksi wanita itu. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 25.5M tontonan, 5M tanda suka dan 71K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Hebat gila, nasib dia tak kena sengat! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: