Ramai Pertahankan Prof Muhaya Lepas Isu Kena Jadi 'Bodoh-Bodoh Sikit' Tular
So kena jadi 'bodoh' ke?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jodoh seseorang merupakan ketentuan Tuhan tidak kira cepat atau lambat
Sifat atau ciri-ciri positif seseorang itu bukanlah faktor utama untuk berkahwin lambat atau mendapat jodoh yang lambat.
Namun begitu, tular baru-baru ini tentang video penjelasan Prof Muhaya tentang jodoh lambat itu disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya. Perkara itu telah menimbulkan kemarahan dan ramai yang mengecamnya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Perkara ini ternyata telah mengundang Dr Amalina untuk membahas tentang isu tersebut
Selepas video Prof Muhaya tentang penjelasan jodoh itu viral di media-media sosial, ramai yang tidak berpuas hati dan bertindak mengecam Prof Muhaya.
Isu ini juga dibangkitkan oleh Dr Amalina yang menyatakan ibu bapa kita tidak mengajar seorang wanita untuk berpura-pura bodoh apabila berdepan dengan kaum lelaki.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai dan komen dia media sosial, walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang pertahankan Prof Muhaya
Mereka mempertahankan Prof Muhaya atas alasan beliau sebenarnya menggunakan kiasan kepada perempuan supaya bertoleransi kepada sang suami.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen yang mempertahankan Prof Muhaya: