Nak Tahan Sakit Punya Pasal, Ibu Nak Bersalin Bergelek TikTok Ini Buat Netizen Tergelak!
Kuatnya mommy ini!
Orang kata sakit hendak bersalin memang tidak tertanggung rasanya, lebih-lebih lagi buat ibu yang menyambut kelahiran pertama
Disebabkan itu ramai wanita berasa bimbang dengan apa yang bakal mereka alami sewaktu ingin bersalin.
Image via Image via Her Family
Malah, sekadar membayangkan rasa sakit ketika bersalin secara normal sahaja membuatkan ramai yang pada akhirnya memilih untuk bersalin dengan cara pembedahan caesar.
Meskipun begitu, terdapat juga sebilangan ibu yang tetap ingin merasakan pengalaman bersalin normal.
Image via Image via Romper
Yang pasti kesakitan yang dirasai adalah berbeza-beza bagi setiap wanita hamil. Bahkan, ada juga yang kata sakit contractions sebenarnya lebih menyakitkan berbanding ketika hendak meneran bayi keluar.
Baru-baru ini tular satu video seorang wanita yang menari dan bergelek TikTok betul-betul sebelum hendak melahirkan anak
Dalam video tersebut, wanita dari negara Filipina berkenaan yang lengkap dalam baju bersalin berwarna biru itu dilihat dalam keperitan menahan sakit contractions namun tetap menari di hadapan suaminya yang sedang membuat rakaman TikTok.
Bukan itu sahaja, suami wanita itu turut memuat naik satu lagi video TikTok wanita terbabit yang sedang terbaring di atas katil namun disertakan dengan face filter yang cukup kelakar.
Terkini, lelaki itu telah memuat naik video si ibu bersama cahaya mata baru mereka.
Susulan tularnya video berkenaan, rata-rata netizen bukan sahaja terhibur malah kagum pada wanita tersebut
Malah, rata-rata pengguna TikTok terutamanya dalam kalangan para ibu memahami apa yang dirasai wanita berkenaan tatkala ingin melahirkan anak.
Antara komen menarik daripada netizen:
Image via Image via @jamesdee1016 (TikTok)
Image via Image via @jamesdee1016 (TikTok)
Image via Image via @jamesdee1016 (TikTok)
Image via SAYS Seismik
Alang-alang itu jom tengok demo pembedahan caesarean menggunakan bawang ini:
Perlu ke berpantang sebenarnya?
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment