Ikut Adat Banjar, Pengantin Diusung Ahli Keluarga Sebelum Berarak Ini Raih Perhatian Ramai
Kuat betul abang-abang tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sedia maklum, masyarakat Melayu mempunyai banyak adat dari negeri masing-masing yang masih diikuti sehingga hari ini
Tambahan pula bab perkahwinan dan majlis kenduri, sudah tentu setiap negeri akan mengamalkan adat itu untuk meraikan pasangan pengantin.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan sepasang pengantin baru diraikan dengan cara yang unik pada hari persandingan mereka telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Diusung ahli keluarga sebelum bertemu dan bersalam dengan suami
Menerusi video yang dikongsi oleh @hidayati.com, kelihatan pengantin baru yang mengenakan busana berwarna baby blue itu diusung oleh dua ahli keluarga mereka sebelum bertemu di tengah-tengah pekarangan rumah.
Apa yang lebih menarik adalah apabila mereka bertemu, pengantin perempuan diminta untuk menyalam tangan suami sebelum kedua-dua mereka diturunkan.
Difahamkan, adat ini asalnya diamalkan turun temurun oleh suku Banjar Alai di Perak. Tujuannya adalah untuk memeriahkan majlis selain tetamu seronok melihat gelagat pengantin baru.
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
"Nanti kahwin nak buat macam ni jugak, macam best je" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.5M tontonan, 86.4K tanda suka dan 10.9K perkongsian di laman TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Image via @hidayati.com (TikTok)
Seronok apa tengok adat macam ni, sekali seumur hidup. Mesti akan jadi kenangan terindah buat pengantin :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment