seismik

[VIDEO] Kecoh Kena Simbah Air Dekat Kenduri Kahwin, Rupa-Rupanya Ini Adat Orang Melaka

Kena bawa baju spare siap-siap sebelum datang kenduri ni.

Cover image via @fizakecik92 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai adat turun-temurun sejak dulu lagi

Terutamanya di majlis perkahwinan, setiap negeri pasti akan mengadakan aktiviti wajib mereka untuk meraikan pengantin.

Seperti contoh, ada pengantin yang akan 'dibuli' untuk membasuh periuk belanga selepas selesai kenduri kahwin sebagai tanda membalas budi ahli keluarga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis mereka.

Namun, lain pula yang terjadi di dalam video ini yang memaparkan beberapa orang disimbah air sehingga lencun satu badan semasa sedang duduk di bawah khemah kenduri mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut kena simbah air, rupa-rupanya adat orang Melaka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizakecik92, kelihatan beberapa orang sedang duduk di bawah khemah kenduri kahwin itu.

Tetapi, tiba-tiba muncul seorang budak lelaki menyimbah sebaldi air ke atas seorang wanita. Perkara itu membuatkan mereka tergelak kerana ia rupa-rupanya adat setiap kali kenduri kahwin akan ada insan yang terpilih untuk membasuh pinggan kotor.

"Lepas habis majlis dulu macam ni la kami laki bini kena, syok je. Rindunya kenduri dulu-dulu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 926.5K views, 36K likes dan 938 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat adat orang Melaka itu. Sememangnya, itu adalah cara mereka mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dan tetamu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok tengok adat negeri-negeri dekat Malaysia, ada cara tersendiri :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: