Ikuti Cara Simpan Daging Korban Yang Betul Ini - "Boleh Tahan Sampai Setahun Tau!"
Jangan lupa ikuti tips di bawah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, sudah pasti kita akan menerima daging korban daripada surau atau masjid yang berdekatan
Image via Sinar Harian
Malah, ada komuniti yang terus memasak daging korban dijadikan sebagai sup tulang, daging goreng kunyit dan sebagainya untuk terus dimakan beramai-ramai.
Walau bagaimanapun, mungkin ramai tidak tahu cara penyimpanan daging korban yang betul lalu menyebabkan ia kurang segar.
Jadi, apa kata anda cuba ikut tips penyimpanan daging yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini agar ia dapat tahan lebih lama.
1. Jangan masukkan daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke dalam peti sejuk
Hal ini kerana kuman-kuman boleh masuk dan membiak di dalam daging lalu akan merosakkan kualitinya. Seeloknya, anda perlu simpan di dalam bekas bertutup dan barulah letak di dalam peti sejuk.
Image via googleapis.com
2. Buang bendasing yang terlekat pada daging
Daging yang belum dicuci sudah tentunya terdapat serpihan pasir, rumput dan kayu. Jadi, sebelum nak masak, pastikan anda buang bendasing ini dahulu untuk memastikan kebersihan terjamin.
Image via googleapis.com
3. Potong daging kepada bahagian lebih kecil
Jika dapat daging yang banyak dan tebal, jangan simpan keseluruhannya di dalam peti sejuk beku. Cara yang betul ialah dengan memotong daging ke dalam kuantiti lebih kecil, kemudian masukkan dalam bekas bertutup untuk simpanan 1.5kg atau 1kg.
Image via googleapis.com
4. Letak daging di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang dari -18 celcius
Sebelum disimpan dalam peti sejuk beku, anda disarankan untuk menyimpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama empat hingga lima jam. Setelah daging itu sejuk, baru pindahkan ke dalam bahagian sejuk beku.
Image via googleapis.com
5. Jangan guna plastik berwarna hitam
Tahukah anda, plastik berwarna hitam itu adalah hasil kitaran semula? Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya, gunalah beg plastik putih atau beg plastik zip-lock.
Image via googleapis.com
Kalau disimpan dengan betul, daging korban ini boleh bertahan sampai setahun. Jadi, pastikan anda ikut kesemua tips di atas ya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment