seismik

Lebih 550 Jemaah Haji Dilaporkan Meninggal Dunia Di Mekah, Jenazah Hanya Terbiar Di Jalan

Difahamkan, ramai meninggal akibat penyakit berkaitan strok haba.

Cover image via @yo2thok (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim haji tahun ini merekodkan jumlah kematian jemaah paling ramai, iaitu lebih 550 orang

Menurut laporan Sinar Harian, kematian ini adalah ekoran suhu ekstrem di tanah suci Mekah dan sebahagian besarnya meninggal dunia kerana penyakit berkaitan strok haba.

Salah seorang diplomat melaporkan hanya satu kematian berpunca daripada insiden rempuhan. Manakala, kematian jemaah haji 2024 secara total melibatkan rakyat dari beberapa buah negara antaranya Iran, Indonesia, Jordan dan Senegal mencecah sehingga 577 orang.

Lebih memilukan, kebanyakan jenazah hanya dibiarkan begitu saja di tepi jalan.

Image via @yo2thok (X)
Image via @yo2thok (X)
Image via @yo2thok (X)
Image via @yo2thok (X)

Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan di Riyadh mengesahkan suhu di Masjidil Haram telah mencecah 51.8 darjah Celsius pada Isnin lalu

Keadaan cuaca panas terik ekstrem itu menyebabkan kebanyakan jemaah cuba menyejukkan tubuh masing-masing dengan menyiram air botol yang diagihkan oleh sukarelawan.

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan tempatan telah menyarankan para jemaah supaya memakai payung dan mengambil langkah lain yang dapat mengurangkan risiko strok haba sebelum menunaikan ibadah haji.

Namun begitu, ramai jemaah dilihat tetap menghabiskan masa untuk beribadah di bawah matahari terik terutamanya ketika wukuf di Arafah pada akhir minggu lalu.

Awal bulan lalu, pihak berkuasa Saudi telah mengusir ratusan ribu jemaah tidak berdaftar dari Mekah yang cuba menunaikan ibadah itu tanpa permit haji yang sah, sebaliknya menggunakan visa pelancong yang didakwa jauh lebih murah

Tindakan mereka yang dianggap dapat menjimatkan kos itu bagaimanapun akhirnya mengancam nyawa kerana mereka tidak disediakan kemudahan berhawa dingin seperti jemaah berdaftar yang lain.

Image via Sinar Harian

Terkini, Lembaga Tabung Haji (TH) melaporkan enam kematian baharu jemaah haji Malaysia yang direkodkan setakat 19 Jun 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: