Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Tawarkan Servis Memandu Pergi & Hantar Khas Buat Wanita Di Area Subang Dari RM5

Tak perlu takut lagi bestie.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, zaman sekarang banyak kes e-hailing yang tidak diingini berlaku melibatkan pemandu dan penumpang

Terutama bagi penumpang wanita yang merasakan diri mereka tidak selamat dan banyak mendapat gangguan seksual.

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang individu menawarkan perkhidmatan menghantar khas buat wanita yang berada di sekitar kawasan subang.

Image via @gummybearjoyyyy (TikTok)

Mahu penumpang wanita berasa selamat dan selesa semasa perjalanan

Menerusi akaun TikTok @gummybearjoyyyy, wanita yang dikenali sebagai Sarah itu memandu kereta jenis Perodua Myvi dan menawarkan perkhidmatan bermula daripada RM5.

Tujuannya adalah mahu memastikan penumpang wanita berasa selamat dan selesa semasa melakukan perjalanan di sekitar kawasan itu.

Difahamkan, kawasan perkhidmatan itu hanya meliputi beberapa lokasi seperti di bawah:

  • Sunway Pyramid
  • DA MEN Mall
  • Summit USJ Mall
  • Main Place Mall
  • Subang Parade

Dia juga membawa penumpang di sekitar:

  • Kawasan SS15
  • Kawasan Taipan
  • Kawasan Sunway Mentari

Image via @gummybearjoyyyy (TikTok)

Image via @gummybearjoyyyy (TikTok)

"Saya baca banyak kes gadis menaiki kereta & menghadapi situasi pelik & tidak selesa yang saya benar-benar tidak mahu ia berlaku kepada mana-mana gadis lagi!

"Jadi saya memulakan carpool lil girl saya, kebanyakan gadis menghadapi masalah dengan pengangkutan terutamanya pada waktu malam atau selepas waktu kerja. So, saya di sini untuk anda!

"Harap bersabar kerana saya baru memulakan ini, tetapi saya lebih bersedia untuk memulakan perjalanan carpool, harga saya bermula pada RM5 sahaja," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment