Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Inginkan Sedikit Kelainan? Cubalah 5 Resepi Perut Kenyang Berasaskan Tofu Ini

Bolehlah makan bersama keluarga.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tofu atau juga dipanggil sebagai tauhu merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya

Tofu selalu digunakan di dalam makanan seperti mi goreng dan banyak lagi. Tofu sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan ia merupakan makanan ideal untuk diet.

Namun, tidak ramai yang mengetahui akan kebaikan tofu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu masakan apa yang boleh dibuat menggunakan tofu.

Oleh itu, kami senaraikan 5 resepi mengenyangkan berasaskan tofu yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Salted Egg Tofu

Jika anda sukakan masakan salted egg, anda wajib cuba resepi ini. Cara masaknya lebih kurang sama sahaja dengan masakan salted egg yang lain.

Tofu yang lembut ditambah pula dengan rasa lemak manis dan masin salted egg, memang mantap sekali!

2. Sup Tofu Telur

Resepi ini memang sangat mengenyangkan dan sesuai dijadikan lauk untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Tak kira tua ataupun muda, pasti semua akan sukakannya.

Cara masaknya pun senang sahaja dan tidak memerlukan banyak bahan. Anda boleh masak bila-bila masa di rumah.

3. Crispy Tofu Nuggets

Inginkan kudapan untuk dimakan sambil tengok Netflix ataupun minum petang? Cubalah resepi Crispy Tofu Nuggets ini.

Nuggets yang diperbuat daripada tofu penuh khasiat dan kenyang bila dimakan. Confirm anda akan ketagih!

4. Sundubu Jjigae

Selain daripada drama dan lagu Korea, makanan dari negara ini turut menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia.

Walaupun membuat Sundubu Jjigae ini memerlukan bahan yang banyak dan agak leceh sedikit, tetapi hasilnya akan buat anda puas hati. Dimakan bersama nasi panas, memang sedap!

5. Steam Tofu with Chilli Oil

Resepi paling mudah dan ringkas! Hanya dengan tofu, bawang putih, chilli flakes dan juga minyak, anda boleh nikmati makanan ini di rumah.

Steam tofu bersama chilli oil ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan nasi. Kenyang dan lazat!

Semua nampak sedap sangat. Selamat mencuba! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment