Ini 5 Tips Berguna Untuk Penjagaan Rambut Kerinting Kekal Kemas & Cantik
Jangan lupa amalkan!
Rambut kerinting selalu dianggap jenis rambut yang selekeh, bermasalah dan sukar untuk dijaga
Bukan itu sahaja, kaum wanita yang mempunyai rambut jenis kerinting pasti akan berasa insecure untuk memaparkannya di khalayak ramai.
Namun begitu, jangan risau kepada mereka yang berambut kerinting kerana kami di sini akan menolong anda untuk menjaga dan membuatkan anda lebih yakin untuk menampilkan diri. Terdapat lima cara-cara bagaimana untuk menjaga rambut kerinting.
1) Mencuci rambut dengan syampu khusus
Bagi orang berambut kerinting, syampu yang digunakan sepatutnya tidak mengandungi bahan kimia toksik seperti sulfat, silikon dan paraben kerana ia dapat merengsakan kulit kepala dan menyebabkan kelemumur.
Hal ini dapat membuatkan kulit kepala rasa gatal dan tidak selesa. Oleh itu, gunalah syampu khusus untuk rambut keriting dan bilasnya sehingga bersih.
Image via SirapLimau
2) Menyikat rambut
Waktu terbaik untuk menyikat rambut keriting adalah ketika ia masih basah. Pilihlah jenis sikat yang bergigi kasar dan jarang untuk mengelakkan rambut putus dan mudah meleraikan kekusutan di hujung rambut seperti sikat berus kayu (wooden bristle) atau wide tooth comb.
Mulakan dari hujung rambut hingga ke pangkal. Selesai menyikat rambut, lap lebihan air di rambut dan gunakan perapi tanpa membilasnya.
Image via Yours Magazine
3) Memakai conditioner
Untuk orang yang berambut kerinting, wajib dan jangan skip pakai conditioner setiap kali mandi! Manfaat pakai perapi sangat banyak antaranya adalah dapat melembapkan rambut dan membuat tekstur dan bentuk keriting rambut lebih cantik dan kemas. Perapi yang boleh digunakan adalah jenama shea moisture. Terdapat conditioner, shampoo dan moisture mist.
Image via Amazon
4) Basuh rambut dengan air sejuk
Untuk menghilangkan minyak alami atau sebum dari kulit kepala dan rambut serta mengelakkan daripada rambut bercabang, sentiasa lah membilas rambut dengan air sejuk atau dalam suhu bilik.
Image via Kelab Mama
5) Guna minyak rambut
Rutin mengoleskan minyak pada rambut keriting meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala sekaligus merangsang pembentukan rambut yang sihat.
Jenis minyak rambut yang boleh dipakai adalah antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba. Oleskannya pada rambut setiap hari sebelum tidur dan cuci keesokan harinya.
Image via C&F Store
Banyak kan tips berguna? Jadi, apa lagi mari ikutinya dan menjadi lebih yakin dengan penampilan anda! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment