Ini Antara 'Ready To Eat' Sambal Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Menu Sahur Di Shopee
Makan dengan nasi pasti kenyang sampai berbuka.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila ramadan menjelang tiba, pasti ramai di antara kita pening memikirkan apa yang hendak dimasak bukan?
Mana tidaknya, bukan sahaja menu berbuka malah menu sahur pun kena fikir juga. Kalau ada ready to eat sambal kan best? Yang ajaibnya sambal ini kalau makan dengan nasi putih sahaja pun sedap tau. Selain itu, nak letak dalam apa-apa masakan pun boleh.
Jadi, memang sesuai sangat buat mak-mak, orang bujang dan juga student yang nak memasak menu sahur nanti. Anda dah tak perlu cari, sebab min dah senaraikan antara ready to eat sambal yang top dekat Shopee. Jom tengok di bawah!
1. Sambal Nyet Berapi
Image via khairulamingbrand (Shopee)
Image via khairulamingbrand (Shopee)
Keistimewaan Sambal Nyet adalah ia merupakan resepi yang dicipta khas oleh food content creator terkenal iaitu Khairul Aming. Dengan lebih 681.3K terjual di Shopee, sambal ini memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Apalah erti makan nasi tanpa Sambal Nyet kan? Sebab sambal ini memang cepat betul sold out, so korang kena beli sekarang!
Beli di sini.
2. Sambal Netizen
Image via SYEDOT ASMR (Youtube)
Image via SYEDOT ASMR (Youtube)
Sambal Netizen merupakan resepi warisan dari Jasin, Melaka. Ianya digoreng rangup dan garing bersama ikan bilis berkualiti tinggi. Sambal ini unik kerana ia dimasak tidak menggunakan gula. Jadi, yang nak diet tu bolehlah cuba. Tidak dilupakan juga, siapa di sini yang suka pedas angkat tangan. Sambal ini memang khas untuk anda!
Beli di sini.
3. Sambal Betty's Kitchen
Image via myshopmall (Shopee)
Image via bettyrahmad.os (Shopee)
Siapa sahaja tak kenal sambal tiga beradik ni kan? Sambal Gila, Sambal Malas dan Sambal Sewel masih menjadi pilihan ramai walaupun sudah lama berada dalam pasaran. Produk oleh selebriti terkenal Betty Rahmad ini sesuai dimakan dengan nasi putih dan boleh juga menjadi rencah dalam masakan.
Beli di sini.
4. Tokey Sambal Hitam
Image via @tokeysambalhitam (Instagram)
Image via @tokeysambalhitam (Instagram)
Selari dengan slogannya "Jaminan Sedap Itu Pasti". Bak kata netizen, Tokey Sambal Hitam betul-betul sedap sampai teringat-ingat lah. Rahsia disebalik sambal yang marvelous ini adalah ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan asli iaitu bawang, cili api, ikan bilis dan belimbing.
Beli di sini.
5. Sambaleena
Image via @sambaleena.my (Instagram)
Image via @sambaleena.my (Instagram)
Jenama ini menyediakan pelbagai jenis ready to eat food sampai tak tahu nak pilih yang mana. Antara yang popular mestilah lima produk utama mereka iaitu Sambal Getuk, Sambal Ijo, Sambal Penyet, Sambal Tempoyak dan Sambal Gesek. Paling best, bukan setakat boleh buat menu sahur, menu raya pun boleh juga!
Beli di sini.
6. Sambal MakJah
Image via sambalmakjah (Shopee)
Image via @sambalmakjah (Instagram)
Sambal MakJah menawarkan sambal kerang dan sambal sotong. Walaupun jenama ini baru sahaja nak meningkat naik dalam 'dunia' sambal tetapi rasanya memang padu dan terangkat.
Namun, sambal ini ada misterinya iaitu orang kata bila makan, nasi akan jadi lebih banyak bukan semakin sikit. Hmm, mungkin korang kena cuba dulu untuk tahu betul atau tidak.
Beli di sini.
Macam mana terliur tak? Lepas ni confirm menu sahur anda tak akan boring lagi dengan adanya ready to eat sambal :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment