Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Negeri Yang Akan Dapat Cuti Pada 1 Ramadan Bagi Tahun 2025, Negeri Lain Harap Bersabar

Dah tak lama ni bulan Ramadan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramadhan ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam

Sama seperti bulan Islam yang lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa.

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir, melakukan pelbagai amal ibadah serta membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.

Tetapi, tahukah anda bahawa hari Ahad, 2 Mac 2025 iaitu pada awal Ramadan bukanlah cuti umum kebangsaan untuk seluruh negeri.

Hal ini kerana hanya beberapa negeri sahaja yang akan cuti pada hari tersebut dan negeri lain tetap akan bekerja seperti biasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Untuk penduduk Johor dan Kedah, awal Ramadan diisytiharkan sebagai cuti umum

Meskipun awal Ramadan jatuh pada hari Ahad, namun Johor akan digantikan cuti pada hari Isnin. Hal ini kerana cuti hujung minggu di Johor telah ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 yang lalu.

Bagi penduduk Kedah, mereka akan tetap bercuti pada hari Ahad oleh kerana ia bukanlah cuti hujung minggu mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nitrocdn

Manakala, negeri-negeri yang tidak mendapat cuti umum atau kelepasan am untuk awal Ramadan adalah seperti berikut:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2.  Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Perak
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor 
  8. Melaka
  9. Perlis
  10. Pahang
  11. Terengganu
  12. Kelantan
  13. Sabah
  14. Sarawak

*Nota: Cuti ini mungkin boleh berubah mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment