seismik

Doa-Doa & Amalan Yang Boleh Diamalkan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Semoga kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar.

Cover image via Nabawi Mulia & Era Nasional

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pejam celik pejam celik, sekejap saja masa berlalu, hanya berbaki beberapa hari saja ibadah puasa pada tahun ini

Pada 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, pasti ramai yang mahu lebih meningkatkan amal ibadah untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Jadi, banyakkan ibadah bermula daripada sekarang. Jom kami kongsikan kepada anda antara doa-doa yang boleh anda amalkan.

Doa yang boleh diamalkan agar dikurniakan malam Lailatul Qadar:

1. Daripada Aisyah r.a, bahawa beliau bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda:

                                     اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي 

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
(HR Tirmizi, hadis sahih)

2. Tambahan pula, jika diamati sebahagian orang membaca dengan sedikit penambahan pada lafaz doa tersebut iaitu dengan menambah lafaz “كَرِيمٌ”:

                                    اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.

3. Selain itu, ada juga doa yang diajarkan oleh para ulama'. Doanya ringkas dan mudah untuk dihafal.

                           اَللَّهُمَّ اِطَّلِعْ عَلَيْنَا لَيْلَةُ الْقَدَرِ اَلْعَظِيْمَةُ الْقَدَرِ فِى الْيَقُظَة وَ الْمَنَام

Maksudnya: “Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami akan malam al-Qadar, malam kemuliaan yang Agung, ketika jaga dan tidur kami”.

Doa ini diajar oleh Habib Salim bin Abdullah Asy Syathiri Rahimahullah, seorang ulama’ Tarim, beliau memberitahu barangsiapa yang membaca doa ini sebanyak tujuh kali setelah solat witir, Insya-Allah dengan izin Allah akan mendapatkan malam al-Qadar.

Amalan sunat yang boleh anda lakukan:

  • Membaca Al-Quran
  • Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa
  • Beri'tikaf di masjid
  • Laksanakan solat tarawih dan qiyamullai
  • Banyakkan bersedekah

Kelebihan Malam Lailatul Qadar:

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan adalah pada malam Qadar. Di mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:

  1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
  2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
  3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
  4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Jom kita betul-betul memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan penuh berkah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: