"Ini Parah" - Aksi Pengantin Nak Pergi Pakai Gelang Dekat Atas Kepala Ini Undang Tawa
Nasib baik ada orang tegur.
Momen pernikahan adalah momen yang paling ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin
Pada masa inilah terjalinnya ikatan suami isteri yang sah setelah beberapa tahun bersama betul tak? Tipulah kalau tidak ada rasa gementar itu.
Tambahan lagi, buat pengantin lelaki kerana mereka perlu melafazkan akad. Tentu sekali gementar dari awal majlis hinggalah habis.
Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat pengantin lelaki yang mahu memakaikan gelang kepada pasangannya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Nervous sampai nak pakai gelang atas kepala
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin itu baru saja selesai diijabkabulkan di sebuah masjid.
Mereka dilihat sedang menyarung cincin untuk sesi pembatalan wuduk. Namun, bila tibanya saat memakaikan gelang, pengantin dilihat tiba-tiba bangun.
Entah apa yang difikirkan, rupa-rupanya pengantin lelaki mahu memakaikan gelang tersebut di atas kepala isterinya. Selepas ditegur barulah dia duduk kembali untuk memaikan kepada si isteri. Situasi itu membuatkan ramai tergelak melihat gelagatnya itu.
Image via @jia.shyaf (TikTok)
"Nervous agaknya. Tu yang jadi macam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 179.2K views, 5,303 likes dan 99 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Image via @jia.shyaf (TikTok)
Pengantin pun tiba-tiba jadi blur, nasib baik ada orang tegur :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment