"Inilah Calon Menantumu" - Gadis Ini Tular Kongsi Cara Lipat Baju & Almari Kemas Tersusun
Kemas betul ni. Wow!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bilik merupakan ruangan peribadi seseorang apabila berada di rumah
Setiap orang mempunyai kreativiti dan cara mereka tersendiri dalam mengatur atau mengemas bilik masing-masing.
Ada yang mahu bilik mereka nampak tersusun dan kemas, tetapi ada juga yang tidak mengambil endah dan membiarkan saja bilik mereka berada dalam keadaan bersepah.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi keadaan almari bajunya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai request nak tengok cara gadis itu melipat baju
Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu menunjukkan keadaan almarinya yang kemas dan tersusun. Disebabkan perkongsian itu menjadi tular, ramai warganet yang meminta agar dia menunjukkan bagaimana caranya melipat baju.
Dia kemudian memuat naik lagi satu video memaparkan bagaimana caranya dia melipat baju dengan kemas sekali. Di dalam video itu juga dia menerangkan agar mengetahui ukuran dan lebar yang mahu dilipat agar ia menjadi sama rata pada setiap lipatan baju.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Saya suka buat rapi, tapi bertahan 2 hari saja" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut kagum melihat kekemasan almari gadis tersebut.
Disebabkan itu, dia membuat tutorial melipat baju kerana atas permintaan ramai. Ada juga yang memberitahu almari mereka boleh bertahan beberapa hari saja selepas mengemas.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 191.3K likes dan 2,649 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @vanna.caca (TikTok)
Image via @vanna.caca (TikTok)
Image via @vanna.caca (TikTok)
Image via @vanna.caca (TikTok)
Image via @vanna.caca (TikTok)
Suka tengok cara dia lipat, kemas je boleh tiru ni :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment