Isteri Kongsi Hidangan Pantang 'Comel' Si Suami Sediakan, Tapi Netizen Pula Yang Terhibur
Cute je suami dia.
Bagi wanita yang baru lepas bersalin, berpantang adalah sudah menjadi perkara wajib bagi mereka
Hal ini untuk menjaga dan merawat kembali tubuh mereka selepas proses kelahiran. Mereka perlu menjaga pemakanan dan beberapa pantang larang. Kebiasaannya, wanita yang sedang berpantang akan dijaga oleh si ibu atau orang yang sudah berpengalaman.
Namun, lain pula dengan posting di Twitter ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat si suami yang menyediakan makanan berpantangnya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Terhibur tengok suami sediakan makanan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi makanan pantang yang disediakan oleh suaminya di laman Twitter.
Dia kemudian membalas satu posting yang dikongsikan tentang resepi menu berpantang.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu berkongsi cara si suami menghiasi makanan pantangnya dengan bentuk-bentuk yang sangat comel.
Image via @FarahMohan (Twitter)
"Ur husband is just so adorably sincere these dishes looks cute and yummy" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kerajinan dan kegigihan suami wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 17K retweets, 2,465 quotes tweets dan 34.2K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Bagusnya suami dia, tetap hiburkan hati isteri yang tengah berpantang :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment