seismik

[VIDEO] Selfie Pelbagai Sudut, Gelagat Budak Ini Bergambar Dengan Motor Undang Ketawa

Lawak dik.

Cover image via @alimrananuar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selfie sudah menjadi trend untuk seseorang mengambil gambar

Tidak kiralah dengan selebriti, rakan, ataupun barangan yang kita minati. Semuanya boleh diambil dalam bentuk selfie saja. Macam-macam gaya yang orang ambil semasa mereka berselfie.

Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak lelaki mengambil selfie bersama motosikal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@alimrananuar

budak ni punya angle selfie lain maciammm...sabar ja laaa

Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

Ambil pelbagai angle bergambar dengan motor

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di sebuah kawasan tepi kedai makan.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dia dilihat begitu syok mengambil selfie bersama motor-motor besar tersebut.

Lebih menghiburkan, dia dilihat memanjat sedikit salah satu motosikal itu demi mendapat sudut yang berlainan.

"Abang yakin dik nanti mesti adik akan pakai motor yang adik minat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak tersebut mengambil gambar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 155.2K views, 7,267 likes dan 175 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa dik berangan dulu, mana tahu dah besar nanti betul-betul boleh pakai kan? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: