seismik

"Begitu Syulit Lupakan Rehan" - Viral Di TikTok, Gadis Ini Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Lah, macam itu ke ceritanya.

Cover image via @riochandra_dp (TikTok) & @binirehan1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan, ini aplikasi TikTok dipenuhi dengan pelbagai video viral dan trend yang menjadi ikutan ramai

Tidak ketinggalan adalah video reaksi daripada netizen sehingga ada yang tertawa melihatnya. Ada yang siap membuat parodi kembali video asalnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis yang sedang viral di TikTok kerana nyanyiannya telah tampil memberikan penjelasan.

Lihat video di bawah:

Rupa-rupanya orang yang berada dalam mimpi

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang berada di sebuah program di Indonesia untuk ditemu bual. Oleh kerana nyanyiannya, ramai yang tertanya-tanya siapakah Rehan itu.

Dia kemudian memberikan penjelasan bahawa Rehan yang dinyanyikan itu adalah seorang lelaki yang hadir dalam mimpinya. Malah, dia juga memberitahu yang dia memang suka akan Rehan itu.

Rupa-rupanya lagu untuk Rehan tersebut adalah lagu daripada band The Junas, milik Stefan William berjudul Cukup Dikenang Saja.

Pemilik akaun @binirehan1 mengubah kata 'kamu' dalam lirik lagu tersebut dengan kata 'Rehan'.

Berikut adalah lagu asli Cukup Dikenang Saja daripada The Junas:

Video nyanyian itu juga di parodikan dalam pelbagai cara dan gaya sehingga membuatkan ramai tertawa.

Lihat video asli nyanyian itu di bawah:

"Patutlah satu dunia cari Rehan tak jumpa-jumpa, mimpi rupanya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi sebaik saja mendengar penjelasan gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 56K likes dan 3,073 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekarang dah tahu kan jawapan siapa Rehan sebenar :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: