seismik

Bapa Ambil Gambar Anak Depan Lamborghini, Tapi Reaksi Pemilik Kereta Ini Pula Raih Pujian

Humble betul.

Cover image via @lambobossvincentpoh_cdj (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti semua orang di sini mempunyai kereta idaman masing-masing bukan?

Tidak kira jenama dalam atau luar negara. Semuanya perlukan usaha dan duit untuk mendapatkannya. Tentu sekali ada yang sudah berniat akan memilikinya suatu hari nanti.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan reaksi seorang pemilik kereta terhadap seorang bapa dan anaknya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ambil gambar anak depan Lamborghini sekali pemilik kereta datang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang bapa semasa itu sedang mengambil gambar anaknya di depan sebuah kereta Lamborghini.

Namun, pemiliknya tiba-tiba muncul sambil melihat mereka berdua. Apa yang lebih menarik perhatian adalah pemilik kereta itu siap memanggil kembali budak lelaki tersebut untuk memasuki keretanya.

Reaksinya itu ternyata mendapat pujian ramai kerana tidak sombong dan baik melayan keluarga itu.

"Thank you our lambo boss! Humble and kind" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji sikap pemilik kereta tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 7.5M views, 730K likes dan 16.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sempoi je dia layan, tak sombong pun. Terbaik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: