Isteri Terpaksa Botak Rambut Kerana Kanser, Suami Ikut Sekali Botak Beri Sokongan
Sebak pula tengok.
Penyakit kanser boleh terjadi kepada sesiapa saja tidak kira tua mahupun muda
Kanser boleh dibahagikan kepada beberapa kategori penyakit. Penyakit kanser ini boleh membawa maut kepada penghidapnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki berkongsi apabila isteri tercintanya terpaksa membotakkan rambut kerana penyakit kanser telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Botak sekali tanda beri sokongan pada isteri
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si suami sedang mencukur rambut isteri sehingga botak dek kerana kanser.
Namun, apa yang lebih mengundang sebak ramai adalah semasa isterinya menitiskan air mata, dia dengan rasa sayang turut membotakkan kepalanya dengan pencukur tersebut.
Ia adalah sebagai tanda memberi sokongan kepada isteri tercintanya yang perlu melalui situasi berkenaan.
Image via @japan_clothing.co (TikTok)
"Semoga cancer fighter dipanjangkan umur dan kuat menempuh segala kesakitan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan berkongsi pengalaman sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 96K likes dan 9,369 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @japan_clothing.co (TikTok)
Image via @japan_clothing.co (TikTok)
Image via @japan_clothing.co (TikTok)
Semoga semua pesakit diberikan kesembuhan cepat. Amin! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment