Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Isu Imej Iklan 'Double Meaning', The Noor Tegaskan Tiada Kaitan Dengan Produk Nilofa Group

Terdahulu, pihak syarikat Nilofa Group turut memuat naik permohonan maaf selepas teruk menerima kecaman daripada warganet.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, The Noor hari ini tampil menafikan dakwaan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial baru-baru ini

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif The Noor, Mohd Izzairi Yamin, kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika The Noor.

"Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuat naik di dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan The Noor.

"Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di The Noor.

"Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Image via Mohd Izzairi Yamin (Facebook)

Terdahulu, pihak syarikat Nilofa Group memuat naik permohonan maaf selepas teruk menerima kecaman daripada warganet

Ia susulan beberapa grafik tertentu dihasilkan yang mengandungi unsur lucah dalam mempromosikan produk keluarannya, Isterix.

"Kami menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini dan akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang,"
kata kenyataan itu.

Kandungan dimuat naik di Instagram posting @nilofagroup mendapat kecaman di media sosial selepas gambar dihasilkan itu mengandungi unsur dan kapsyen lucah.

Image via @nilofagroup (Instagram)

Mengulas lanjut, Mohd Izzairi berkata, The Noor memberikan komitmen untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat serta ia tidak akan pernah berubah.

"Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami.

"Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak bersetuju sama sekali penggunaan gambar atau muat naik berunsur lucah untuk tujuan pemasaran, promosi dan sewaktu dengannya.

"Ramai juga yang mengecam kononnya The Noor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika.

"Kami ingin tegaskan bahawa The Noor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut," ujarnya.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment