Isu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Cetus Perdebatan Netizen - "Nak Kutuk Exclude KKM Please"
"KKM dah lunyai dikerjakan tangan ghaib, jangan ditambah derita mereka." - Netizen
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih daripada 13 peratus
Ini juga merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara setakat ini.
Sehubungan dengan itu, netizen dilihat berdebat dan memberi pendapat masing-masing tentang isu tersebut di media sosial.
Salah seorang netizen di laman X berpendapat bahawa orang awam yang tidak puas hati tidak patut tujukan kutukan dan perlian kepada penjawat awam KKM.
Image via @Dreamsof96 (X)
Ada juga yang mengatakan kalau gaji dah naik perlulah tingkatkan kualiti kerja
Ada netizen yang setuju dan ada pula yang tidak. Kebanyakannya berpendapat bahawa penjawat KKM telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Mereka juga bekerja betungkus lumus untuk memastikan sistem kesihatan negara terjamin.
Ketika artikel ini ditulis, bebenang di laman X berkenaan meraih pelbagai reaksi dan komen netizen.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Image via @Dreamsof96 (X)
Image via @Dreamsof96 (X)
Image via @Dreamsof96 (X)
Ada penjawat awam yang memang layak dapat kenaikan gaji, jangan pukul rata.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment